Rabu, 8 Ogos 2012

Untuk  muat turun soalan uk2 ting. 5
(klik di sini)

UK2 Ting 5 ms1

Rabu, 26 Mei 2010

Jadual Ganti

Dimaklumkan kertas Sejarah 1 akan diganti pada hari Isnin 27.5.10

Khamis, 30 Julai 2009

Tip Belajar

TIPS MEMUDAHKAN PEMAHAMAN SEWAKTU BELAJAR



Satu persoalan, adakah anda faham apa yang anda baca? Sebenarnya pemahaman berkait rapat dengan pengingatan. Untuk mengingati suatu fakta dengan mudah, kita harus memahaminya dan menggunakan cara yang sistematik untuk memahaminya dan menggunakan cara yang sistematik untuk mengingatinya. Disini tersenarai beberapa teknik mengingati suatu fakta dengan sistematik dan mudah. Sebenarnya setiap orang mempunyai otak yang sama hanya bergantung kepada cara individu menggunakannya.

1. Berbisik sendirian boleh membantu menguatkan ingatan
- Apabila anda cuba menghafal sesuatu fakta, anda boleh menukarkannya kepada bahasa dan berbisik kepada diri sendiri. Ini dapat mengukuhkan ingatan anda.

2. Untuk fakta yang tidak harus dilupakan, mesti dihafal pada keadaan sekitar yang lain dari biasa.
- katakan suatu fakta yang agak penting untuk matapelajaran tertentu, maka anda harus menghafalnya dengan baik ditempat yang lain dari biasa. Contohnya menghafal dihadapan cermin atau didalam bilik air. Dengan memikirkan keadaan tersebut, secara tidak langsung anda teringat fakta berkenaan.

3. Kaitkan fakta yang sukar diingati dengan objek-objek yang selalu dijumpai.
- Cari apakah barang yang paling selalu anda lihat. Apabila sukar menghafal sesuatu fakta, kaitkan dengan barang tersebut. Dengan itu, fakta itu tidak mudah luput.

4. Buat ulangkaji matapelajaran yang dipelajari dalam jangkamasa 9 jam.
- Mengikut kajian, hanya 35% atau 2/3 daripada fakta yang dihafal kekal dalam ingatan dalam jangkamasa 9 jam. Oleh itu, dalam masa 9 jam selepas mempelajari sesuatu pelajaran, anda harus mengulangkaji sekali lagi untuk meningkatkan tahap ingatan anda.

5. Ingatan lebih jelas jika gerakan disertakan.
- Semasa belajar sejarah, anda mungkin bosan dengan nama tokoh atau tahun yang perlu diingati. Apabila keadaan ini berlaku, anda boleh berdiri dan cuba melakukan beberapa gerakan yang berkaitan dengan tokoh berkenaan. Dengan itu, anda dapat mengingatinya dengan lebih berkesan.

6. Pengetahuan yang ada mesti digunakan, barulah menjadi kepunyaan.
- Seringkali ada orang bertanya, " Ingatan saya lemah, apakah yang patut saya lakukan?" Sebenarnya, manusia akan melupakan sesuatu untuk mengingati sesuatu yang lain. Sesuatu yang diperlukan akan kekal dalam ingatan dan yang tidak digunakan akan dilupakan. Oleh itu, jika anda mahu apa yang dipelajari kekal dalam ingatan, anda harus sering menggunakannya.

7. Cara pembelajaran ke depan tiga langkah dan undur dua langkah dapat memperkuatkan ingatan.
- Anda boleh membahagikan apa yang anda hendak pelajari kepada tiga bahagian. Selepas menghabiskan bahagian utama, terus ke bahagian kedua. Apabila tamat bahagian kedua, ulangi bahagian pertama dan baca bahagian kedua dan seterusnya. Apabila habis bahagian ketiga, kembali membaca kesemua bahagian. Dengan ini anda pasti dapat mengingati fakta penting dan memahaminya dengan bagus.

8. Membuat catatan kesilapan dapat mengelakkan kelemahan mudah lupa dan susah untuk mengingati.
- Menganggap peperiksaan atau latihan sebagai jalan untuk mencari kesilapan diri, baru ada maknanya. Tetapi manusia sering melupakan sesuatu yang dibencinya atau yang tidak berfaedah kepadanya. Untuk mengelakkan keadaan ini, buat catatan kesilapan yang dilakukan semasa latihan atau peperiksaan. Misalnya, anda boleh melekatkan soalan yang salah dijawab dalam sebuah buku latihan dan tuliskan jawapan sebenar di tepi soalan. Cara ini dapat membantu mengenalpasti kesilapan anda.

Menggunakan Otak Orang Lain


Jangan salah tafsir maksud ayat diatas. Teknik menggunakan otak orang lain ialah menceduk cara pembelajaran dan pengetahuan yang ada padanya untuk kegunaan diri sendiri. Pergaulan yang baik adalah perlu untuk menggunakan cara ini.

a) Pandai bercakap tidak setanding pandai mendengar
- Tidak kira siapa pun orang ternama, mereka merupakan orang yang mahir mendengar. Melalui itu, mereka mengumpul banyak maklumat dan menggunakanya atas kerjaya diri sendiri dan mencapai kejayaan. Oleh itu, jika anda hendak menggunakan otak kawan atau guru, anda mesti menjadi seorang yang mahir mendengar.

b) Mendengar pengalaman kegagalan lebih baik daripada pengalaman kejayaan.
- Pengalaman kejayaan seseorang biasanya lebih menumpukan keputusannya dan mengabaikan proses kejayaannya. Sebaliknya jika mendengar pengalaman kegagalan, biasanya akan dijelaskan sebab menghadapai masalah dan kesilapan yang dilakukan dengan teliti. dan tentunya anda tidak akan melakukan kesilapan yang sama. Pengalaman kegagalan petunjuk jalan kejayaan.

c) Maksud belajar ialah teknik mencuri kaedah pembelajaran dan pengetahuan orang lain.
- Belajar adalah mengumpul maklumat kemudian menukarkannya menjadi pengetahuan diri sendiri dan seterusnya menggunakannya. Oleh itu, cara yang paling cepat dan tepat ialah mencuri teknik atau pengetahuan orang lain. Sasarannyaguru, abang , kakak, rakan dan sebagainya. Ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti mendapatkan pandangan kawan tentang soalan atau topik tertentu dan kesimpulan yang dibuat olehnya.

d) Menggunakan otak orang lain dapat mengenalpasti kelemahan diri
- Kandungan nota ialah isi dan maklumat penting dari buku rujukan dan teks. Ia memudahkan proses mengulangkaji. Sekiranya ia dapat ditukar-tukar dengan kawan, anda dapat menukar maklumat yang tidak terdapat dalam buku nota masing-masing. Selain itu, ia juga dapat mengenalpasti kelemahan sendiri.

e) Menggunakan perbincangan kumpulan kecil dengan betul, membolehkan anda menggunakan otak orang lain untuk belajar
- Kelemahan pembelajaran dalam kumpulan kecil ( study group ) adalah disebabkan tiada kerjasama antara ahli. Jadi pilihlah seorang ketua yang berdaya maju dan berdedikasi dari segi pelajaran dan bertanggungjawab mengajar cara penbelajaran bukan apa yang perlu dipelajari. Ketua akan membahagikan projek kepada setiap ahli kumpulan dan perbincangan tentang jawapan yang tepat dilakukan. Kesimpulannya, kita dapat menerima lebih pandangan dari pelbagai sudut dan lebih memahami pembelajaran.

f) Membuat ramalan soalan, libatkan lebih ramai kawan.
- Jika peperiksaan hampir tiba, antara langkah yang dilakukan ialah membuat ramalan soalan. Tetapi kadangkala soalan tidak menyeluruh dan tidak tepat, kumpulkan soalan ramalan yang dibuat oleh rakan dan buat perbandingan.

g) "Guru" merupakan buku rujukan terbaik.
- Semasa dalam kelas, anda harus meneliti penerangan guru dan buat catatan fakta yang dititik beratkan. Buat ulangkaji. Jika ada kemusykilan, rujuk kepada guru terbabit untuk penerangan yang jelas ataupun dapatkan nasihat tentang contoh latihan dan buku kerja yang sesuai digunakan. Dengan kata lain, guru merupakan rujukan terbaik.

Selamat Maju Jaya

Jumaat, 19 Jun 2009

Skema PPT SMKM 2009 K2 (Struktur)

Soalan 1
(a)Nyatakan undang-undang bertulis pertama yang diperkenalkan di Rom.
Hukum Kanun 12
Dikenali sebagai Papan Dua Belas

(b)Berikan tiga prinsip yang terkandung dalam undang-undang Rom.
Keadilan terhadap setiap individu
Hukuman berdasarkan bukti yang kukuh
Seseorang tidak hersalah sehingga terbukti bersalah
Semua manusia sama di sisi undang-undang

(c)Senaraikan tiga cabang undang-undang Rom. [ raknasi]
Undang-undang rakyat
Undang-undang natural
Undang-undang sivil

(d)Berikan dua sumbangan penting Maharaja Justinian
Pembentukan empayar
Seperti empayar Byzantine
Memperkenalkan pelbagai perubahan dalam pentadbiran
Kod Undang-undang Rom atau Undang-undang Justinian

No.2

(a) Nyatakan dua cara kedatangan pengaruh Hindu dan Buddha ke Asia Tenggara.
(b) Senaraikan susun lapis masyarakat dalam kerajaan awal Asia Tenggara.
(c) Berikan dua pengaruh Hindu dan Buddha dalam sistem pemerintahan.
(d) Apakah cara yang digunakan oleh raja untuk mengukuhkan kedudukan mereka?


Jawapan(a)
Dibawa oleh golongan Ksyatria/tentera/askar
Pedagang /peniaga /vaisya
Brahmin/ sami/ pendeta
Pengambilan / penyerapan daripada budaya India

Jawapan(b)
Raja
Kerabatdiraja
Pembesar
Brahmin/ sami/pendeta
Rakyat
Hamba

Jawapan (c)
Gelaran raja
Raja berkuasa
Perintah raja merupakan undang-undang
Sesiapa yang melanggar perintah dianggap menderhaka
Raja merupakan bayangan tuhan
Konsep dewa-raja
Raja dipercayai mempunyai sakti

Jawapan (d)
Raja berkuasa mutlak dalam semua aspek pemerintah
Konsep dewa-raja
Unsur metos dan lagenda tentang asal usul raja
Melalui pelbagai istiadat seperti pertabalan raja
Raja berkuasa terhadap alam semesta

No.3


(a)Berikan maksud nasionalisme.
(b)Senaraikan faktor kemunculan nasionalisme.
(c)Nyatakan ciri-ciri nasionalisme tahap pertama di Asia Tenggara.
(d)Apakah tuntutan gerakan dakyah pada tahap pertama gerakan nasionalisme di Filipina?


Jawapan (a)
Perasaan cinta akan bangsa dan negara
Membawa kepada gerakan membebaskan tanah air
Tidak terhad kepada pembebasan daripada cengkaman ekonomi dan kebudayaan asing

Jawapan (b)
Dasar penjajahan Barat
Pengaruh agama
Karya kesusasteraan
Sistem pendidikan
Kemunculan golongan intelektual
Pengaruh media massa
Sistem pengangkutan dan perhubungan
Pengaruh luar

Jawapan(c)
Penentangan masyarakat secara terbuka
Bersifat setempat
Tidak berorganisasi
Isu kebudayaan
Isu agama
Isu hak peribumi
Dipimpin oleh golongan pertengahan yang berpendidikan Barat dan Asia Barat
Menekankan kesedaran politik daripada tindakan politik
Menuntut supaya hak mereka dikembalikan
Menuntut taraf hidup mereka dibaiki
Tidak meminta kemerdekaan dengan segera


Jawapan(d)
Filipina dijadikan wilayah Sepanyo1
Bangsa Filipina diberikan hak seperti bangsa Sepanyol
Bangsa Filipina diberikan kèbebasan bersuara


No.4
(a) Senaraikan dua tokoh yang terlibat dalam Gerakan Kaum Muda.
(b) Namakan dua akhbar/majalah yang menjadi saluran perjuangan
Kaum Muda.
(c) Nyatakan dasar perjuangan Kaum Muda dalam Gerakan Islah.
(d) Nyatakan dua golongan yang menjadi sasaran kritikan Kaum Muda.
(e) Apakah halangan yang dihadapi oleh Kaum Muda di negeri-negeri
Melayu?

Jawapan (a)
Syed Sheikh al-Hadi
Sheikh Tahir Jalaluddin
Haji Abbas Taha
Dr. Burhanuddin al-Helmy
Tok Kenali


Jawapan (b)
Al- imam
Neraca
Idaran Zaman
Saudara
Lidah Benar
Pengasuh
Al-Ikhwan


Jawapan (c)
Mendorong masyarakat Melayu membetulkan pandangan mereka terhadap Islam
Menyampaikan idea
Menjana ajaran Islam dan sudut kemajuan dunia dan akhirat
Menggesa orang Melayu supaya memajukan politik ekonomi, sosial dan (PES) pendidikan
Semai sikap kritik penjajah
Kritik raja dan pembesar tidak berperanan majukan orang Melayu


Jawapan (d)
Penjajah
Raja
Pembesar Melayu
Ulama / kaum tua

Jawapan (e)
Tidak dibenarkan berdakwah
Perlu dapatkan kebenaran Sultan
Risalah Kaum Muda tidak dibenarkan masuk ke NNM
Pengaruh Kaum Tua yang menebal dalam masyarakat



[ rujuk soalan PPT 2009 untuk mengetahui markah max.]

Sekian dahulu.

Khamis, 14 Mei 2009

Skop Soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2009

Berikut skop yang akan diuji :
Tingkatan 4 :
Bab 2,3,4,5,6 dan 7 dan
Tingkatan 5
Bab 1,2 dan 3

Tolong buat ulangkaji.
TQ.

Selasa, 4 November 2008

Soalan Perbincangan Akhir spm 2008

TOPIK PENTING 2008 )
SEJARAH TINGKATAN 4

BAB 1

1. Bandar terancang dalam Tamadun Indus
2. Amalan agama dalam Tamadun Indus
3. Sikap terbuka masyarakat Tamadun Indus
4. Tamadun Mesir – Peningkatan ekonomi
BAB 2
1. Perluasan kuasa oleh Shih Huang Ti
2. Penggunaan kolar kuda dalam Tamadun China
3. Sumbangan Tamadun China dalam peningkatan pertanian
4. Sistem demokrasi Yunani dan Republik Rom

BAB 3

1. Ciri-ciri kerajaan Maritim
2. Peranan pelabuhan kerajaan Maritim ( SPM 07 )
3. Hubungan saling kaitan antara kerajaan Agraria dengan kerajaan Maritim
4. Apakah faktor-faktor masyarakat maritim menjadi pelaut yang handal
5. Huraikan cara-cara kedatangan pengaruh India ke Asia Tenggara
6. Pengaruh Hindu / Buddha di AT
BAB 4

1. Maksud Jahiliah
2. Ciri-ciri Zaman Jahiliyah
3. Kesan amalan semangat Assabiyah
4 Faktor-faktor penerimaan ajaran Islam
5. Mengapakah Masyarakat Quraisy menentang ajaran Nabi Muhammad s.a.w. ( SPM 06 )
6. Langkah-langkah Nabi Muhammad s.a.w. mengurangkan tekanan daripada masyarakat Quraisy.
7. Perjanjian Hudaibiyah – Ciri – ciri dan kesannya


BAB 5

1. Tujuan hijrah
2. Kepentingan hijrah
3. Nilai murni peristiwa hijrah BAB 6
1. Cara pemilihan Khalifah ( SPM 07 )
2. Tugas Khalifah ( SPM 07 )
3. Usaha Saidina Abu Bakar as Siddiq sehingga digelar *Penyelamat Umat Islam"
( SPM 07 )
4. Empat aspek pentadbiran Kerajaan Bani Umaiyah
5. Perkembangan ilmu pengetahuan zaman Kerajaan Bani Abbasiyah
6. Sumbangan tentera dalam memperluaskan empayar Turki Uthmaniyah
BAB 7

1. Teori penyebaran Islam ke Asia Tenggara
2. Faktor-faktor penyebaran Islam di Asia Tenggara ( SPM 07 )
3. Kesan penyebaran Islam di Asia Tenggara
BAB 8
1. Sumbangan Islam dalam pentadbiran di Malaysia
2. Sumbangan Islam dalam bidang pendidikan di Malaysia ( SPM 07 )
3. Sumbangan Islam dalam cara hidup masyarakat Malaysia ( SPM 07 )
4. Pengaruh Islam terhadap pendidikan dan sosiobudayaBAB 9
1. Ciri-ciri Zaman Gelap di Eropah
2. Hubungan antara rakyat dengan tuan tanah pada Zaman Gelap
3. Perubahan dalam Zaman Peralihan di Eropah
4. Maksud Zaman Renaissance
5. Pencapaian Renaissance dalam bidang kesenian
6. Kesan Zaman Renaissance , ;
7. Faktor-faktor penjelajahan dan penerokaan masyarakat Eropah
8. Penjelajahan orang Portugal ke Timur
9. Kesan penjelajahan ke atas masyarakat di luar Eropah
10. Apakah kesan Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian terhadap kegiatan perdagangan antarabangsa dan sistem pengangkutan di Eropah. ( SPM 07 )
BAB 10

1. Ciri-ciri Ekonomi Tradisional
2. Jenis-jenis kegiatan Ekonomi Tradisional
3. Mengapakah Ekonomi Tradisional tidak berkembang zaman penjajah British
4. Peranan Pembesar Melayu dalam kegiatan perlombongan bijih timah di Tanah Melayu.
5. Sebab penguasaan Pembesar Melayu dalam perlombongan bijih timat merosot pada kurun ke 20.
6. Usaha mengekalkan pembesar Melayu dalam perlombongan bijih timah.
7. Faktor penghijrahan golongan imigran ke Tanah Melayu
8. Cara kedatangan imigan Cina ke Tanah Melayu
9. Cara kedatangan imigran India ke Tanah Melayu
10. Faktor kemunculan bandar di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah
11. Perkembang jalan keretapi di Tanah Melayu pada kurun ke 20
12. Perkembangan perkhidmatan kesihatan di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah pada kurun ke 19 dan awal kurun ke 20.


SEJARAH TINGKATAN 5

BAB 1

1. Maksud imperialisme ( SPM 07 )
2. Faktor imperialisme Barat di Asia Tenggara ( SPM 07 )
3. Kesan imperialisme dalam bidang politik di Asia Tenggara
4. Ciri-ciri Sistem Birokrasi Barat di Asia Tenggara
5. Pengenalan sistem birokrasi Barat di Filipina
6. Gerakan nasionalisme tahap pertama di Filipina ,Indonesia dan Burma.
BAB 2

1. Sebab penentangan orang Melayu Perak terhadap British
2. Galurkan penentangan Dato* Maharaja Lela terhadap British di Perak
3. Kesan penentangan orang Melayu Perak terhadap British
4. Faktor-faktor pemangkin nasionalisme orang Melayu
5. Idea perjuangan Gerakan Islah di Tanah Melayu
6. Peranan akhbar dalam memajukan bidang pendidikan orang Melayu
7. Dasar Pentadbiran Tentera Jepun di Tanah Melayu
8. Peranan Ibrahim Hj. Yaakob sebelum dan semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu.
9. Gerakan penentangan semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu

BAB 3

1. Ciri-ciri Negara, Bangsa. Kerajaan dan Perlembagaan. ( SPM 07 )
2. Peranan Count Camillo Benso di Cavour dalam penyatuan negara Itali ( SPM 07 )
3. Mengapakah pembentukan kerajaan Islam Madinah berbeza dengan pembentukan Negara Eropah
4. Ciri-ciri Negara dan Bangsa dalam Kesultanan Melayu Melaka
5. Warisan Kesultanan Melayu Melaka yang masih diamalkan di Negeri-negeri Melayu.
6 Unsur-unsur Perlembagaan Tubuh negeri Terangganu yang diambil daripada Undang Tubuh negeri Johor.
7. Isi kandungan Undang Tubuh Negeri Johor
8. Sistem Jemaah Menteri di Kelantan
9. Unsur demokrasi dalam sistem pemerintahan di Negeri Sembilan

BAB 4

1. Faktor-faktor pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948
2. Langkah-Iangkah ke arah pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948
3. Isi perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948

BAB 5

1. Apakah Sistem Ahli 1951
2. Ciri-ciri Sistem Ahli ( SPM 06 )
3. Kepentingan Sistem Ahli ( SPM 06 )
4. Maksud Pakatan Murni
5. Langkah ke arah perlaksanaan Pakatan Murni
6. Isi-isi Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957

BAB 6

1. Cadangan-cadangan ke arah pembentukan Malaysia
2. Faktor-faktor pembentukan Malaysia
3. Reaksi Brunei terhadap pembentukan Malaysia


BAB 7

1. Ciri-ciri Demokrasi Berparlimen
2. Keluhuran Perlembagaan ( SPM 07 )
3. Kepentingan Perlembagaan ( SPM 07 )
4. Ciri-ciri Dewan Negara dalam Sistem Demokrasi Berparlimen di Malaysia
5. Proses penggubalan undang-undang yang dijalankan oleh Badan Perundangan di Malaysia.
6. Perkara-perkara yang terkandung dalam Senarai Bersama
7. Kuasa Eksekutif Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
8. Bendera Kebangsaan
Bab 9 ( MESTI BACA )

1. Faktor-taktor yang membawa kepada tercetusnya Perang Dunia Pertama?
2. Matlamat yang ingin dicapai melalui penggubalan Dasar Luar Malaysia
3. Bentuk hubungan luar negara kita sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka
4. Penglibatan Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
5. Faedah-faedah yang diperolehi oleh Malaysia dalam Persatuan Komanwel
6. Sumbangan dan faedah yang diperolehi oleh Malaysia dalam Pertubuhan
Negara-Negara Islam (OIC).
7. Jelaskan penglibatan Malaysia dalam Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM)
8. Apakah matlamat dan perjuangan Pertubuhan Negara-Negara Selatan (G 15)
9. Cabaran masa depan ( globalisasi , ICT dan k – masyarakat )